Sumbangan buku latihan untuk Rumah NGAJI

Sumbangan buku latihan untuk Rumah NGAJI

Oleh Alamedia.com pada 13 September 2023

Rumah NGAJI merupakan sinar harapan bagi anak-anak Bajau Laut yang terpinggir di Semporna, Sabah. Mereka adalah anak-anak yang tidak memiliki kad pengenalan, terlantar tanpa akses pendidikan, dan masa depan yang penuh ketidakpastian. Namun, Rumah NGAJI memberikan mereka kesempatan dan peluang untuk mendapatkan pendidikan, terutamanya pembelajaran Al-Quran dan pendidikan Islam, yang sangat penting bagi kehidupan mereka.


Inisiatif ini menjadi keutamaan dan peristiwa yang paling istimewa sepanjang aktiviti Semporna Sustainability Trip yang berlangsung dari tanggal 11 sehingga 16 September 2023, yang disertai oleh ALAMEDIA. Selama perjalanan ini ALAMEDIA mengambil langkah proaktif, memanfaatkan kelebihan di dalam bidang percetakan, untuk mencetak dan menyumbangkan buku-buku latihan serta alat tulis untuk mendukung anak-anak pelajar di Rumah NGAJI.
Sebelum ini, anak-anak di Rumah NGAJI tidak memiliki buku tulis yang mencukupi untuk belajar. Sumbangan buku-buku latihan dan alat-alat tulis ini membawa perubahan signifikan dalam lingkungan pembelajaran mereka. Mereka sekarang memiliki sumber daya pendidikan yang diperlukan untuk mengembangkan potensi mereka.


Tentu sahaja usaha baik ALAMEDIA ini tidak berakhir di sini. ALAMEDIA membuka pintu dan ruang kepada mana-mana inidividu, persatuan NGO serta institusi lain, sama ada kerajaan atau bukan kerajan, yang ingin bergabung di dalam misi istimewa ini untuk menyumbangkan lebih banyak buku-buku latihan, buku cerita, buku-buku agama, dan pelbagai bahan pembelajaran lain untuk memenuhi keperluan anak-anak di Rumah NGAJI.


ALAMEDIA bercadang untuk mencetak buku-buku tersebut dan membawanya bersama semasa lawatan berikutnya ke Rumah NGAJI pada masa akan datang. Ini adalah langkah permulaan dalam mendukung pendidikan dan masa depan yang cerah bagi anak-anak yang memerlukannya.
Inisiatif ALAMEDIA ini adalah satu contoh kepada kepedulian dan kebertanggungjawaban sosial dalam memberikan harapan dan peluang kepada mereka yang memerlukan. Semoga usaha ini dapat memberi ilham kepada pihak lain untuk turut menyumbang di dalam usaha membangunkan masa depan yang lebih baik buat anak-anak yang kurang berkemampuan.

Alamedia Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Mempunyai lesen KDN dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang percetakan. Taraf Bumiputera.

Mempunyai lesen KDN dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang percetakan. Taraf Bumiputera.

SiteLock

© 2023 alamedia.my. Hak cipta terpelihara.

© 2023 alamedia.my. Hak cipta terpelihara.​

Pin It on Pinterest

Share This