Alamedia yang melaksanakan projek kelestarian alam dalam bidang percetakan bertajuk “Sustainability Alamedia Eco Pages Project: Projek Kelestarian Bahan Bercetak Percetakan Untuk Pelbagai Komuniti”.
Syarikat telah mencetak, menggunakan bahan-bahan dan material yang terbiar, yang tak terpakai atau yang kitar semula menjadi bahan bercetak yang boleh digunakan semula.

Bahan-bahan bercetak tersebut kemudiannya telah disumbangkan kepada pelbagai kemuniti masyarakat terutama kelompok yang terpinggir. Salah satunya ialah Projek Rumah Ngaji di Semporna dan Lahad Datu dimana murid-murid diberikan beberapa buku latihan untuk tujuan pembelajaran mereka. Dengan itu buta huruf dapat dihapuskan dan kelangsungan hidup mereka dapat dipertingkatkan.

Anugerah Award Kelestarian GPM Malaysia itu telah berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2025 yang lalu. Anugerah telah ditandatangani oleh Dr Joel B.Corbani, Founder & President GPM Global.



Syarikat yakin dan berazam dengan anugerah ini dapat berbuat sesuatu demi kelestarian alam dan kelangsungan generasi akan datang.

