Kami di ALAMEDIA SDN. BHD. amat berbesar hati menerima Sijil Penghargaan daripada Kementerian Komunikasi sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Pengiktirafan sebagai Rakan Strategik Gangsa ini mencerminkan komitmen kami dalam menyokong inisiatif nasional, memperkukuh semangat patriotisme, serta mempereratkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk membina Malaysia yang lebih progresif.
Penghargaan ini menjadi pemangkin kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap usaha, selaras dengan aspirasi negara menuju masa depan yang lebih gemilang.