12/8/2026
oleh: RezzaMZ
ALAMEDIA SDN BHD menerima Sijil Penghargaan daripada Kementerian Komunikasi sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan sokongan syarikat sebagai Rakan Strategik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 dan Hari Malaysia 2026.
Alamedia SDN BHD diiktiraf Sebagai Rakan Strategik Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan bermakna terhadap komitmen dan sokongan Alamedia dalam menjayakan agenda serta inisiatif berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang membawa mesej perpaduan, patriotisme dan kecintaan terhadap negara.
Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa menyokong usaha memperkukuh semangat kebangsaan dan nilai Malaysia MADANI, Alamedia berbangga dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif yang menyatukan rakyat Malaysia melalui semangat #Merdeka360.
Sijil penghargaan ini telah disampaikan sebagai tanda terima kasih daripada Kementerian Komunikasi atas sumbangan Alamedia sebagai Rakan Strategik Gangsa bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Alamedia SDN BHD merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi atas pengiktirafan ini dan akan terus menyokong usaha serta program yang memberi impak positif kepada masyarakat dan negara.
Bersama menyemarakkan semangat patriotisme. Bersama membina Malaysia MADANI. 🇲🇾
