Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung dari 11 hingga 22 September adalah satu pameran pertanian terulung di Asia Tenggara yang banyak mencatat kejayaan dalam sektor pertanian negara. Kebetulan tahun ini adalah kali ke-100 menjadikan sambutan MAHA kali sangat penting kepada negara.
ALAMEDIA turut ikut serta dalam pameran sebagai vendor atau agensi pengurusan pameran untuk pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Pada MAHA 2022, syarikat juga turut terlibat sebagai subkontraktor, namun kali ini syarikat diberi kepercayaan sebagai kontraktor utama untuk ruang pameran FAMA dan LPP.
Kepercayaan yang diberi oleh pelanggan sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan oleh syarikat.
Penglibatan Alamedia dalam MAHA 2024 ini adalah satu pengalaman yang sangat bernilai kepada syarikat untuk dimasukkan dalam senarai pengalaman untuk syarikat pergi lebih jauh pada masa akan datang.
Pihak syarikat merakamkan berbanyak terimakasih dan penghargaan kepada orang ramai terutama kepada para pelanggan, jabatan kerajaan, rakan niaga, kakitangan dan semua pihak yang banyak membantu dalam kejayaan syarikat.