ALAMEDIA SDN BHD diasaskan oleh dua orang pengarah yang berpengalaman dalam bidang percetakan dan penyewaan mesin penyalin. Kemajuan dan perkembangan perniagaan syarikat banyak dibantu oleh pasukan pengurusan serta kecekapan seluruh kakitangan yang bersemangat tinggi.
ALAMEDIA dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan mendapat taraf Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia. ALAMEDIA adalah ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia dan juga ahli Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia.
Sepanjang tempoh operasinya, ALAMEDIA telah terbukti berjaya berkembang dari perniagaan asas ke percetakan digital, fotokopi dan penyewaan mesin penyalin. Syarikat telah memiliki pelanggan-pelanggan di kalangan sektor korporat dan sektor kerajaan.
Menjadi Peneraju Dalam Bidang Percetakan.
Untuk Meningkatkan Kecekapan dan Memuaskan Kehendak Pelanggan.
Kami mempunyai tenaga kerja, artis grafik dan perekabentuk yang kreatif lagi mencukupi untuk merekabentuk barangan anda dari penulisan, konsep, kreativiti dan rekabentuk. Kami juga memiliki peralatan yang mencukupi, berkemampuan, moden dan terkini.
Kami memberi pelbagai perkhidmatan dari rekabentuk kreatif, grafik, percetakan digital hingga ke percetakan offset. Kami juga menyediakan perkhidmatan yang berkaitan percetakan seperti lamination, binding, photocopy dan lain-lain dimana kami menjadikan pesanan percetakan anda lengkap dan sempurna.